You are here: Home Care And Tips Sistem Stereng dan Gantungan Pada Kenderaan

Naza Citra Community - myCITRA.com

Banner

Sistem Stereng dan Gantungan Pada Kenderaan

E-mail Print PDF
Citra Streering

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat kerana anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng.
Keadaan ini tentunya menyusahkan terutama ketika memakir kenderaan dan apabila perlu membelok dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Antara sebab keadaan ini terjadi ialah tekanan angin tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng dan kekurangan gris pada sambungan rod stereng.

Stereng kuasa dan stereng biasa memang berbeza. Stereng kuasa lebih mudah dan selesa untuk memakir, mengundur atau membelok kenderaan. Jika anda memandu kenderaan yang bergerak laju melebihi 100 kilometer sejam dan roda depan terasa meliar dan stereng sukar dikendalikan apatah lagi jika melalui jalan tidak rata atau jalan yang basah dan licin. Keadaan ini terjadi antara lain adalah disebabkan kehausan sambungan sistem stereng terutama pada hujung dan pangkal 'tie rod', kehausan atau kesalahan penyelarasan alat atau terlalu banyak 'free play' pada pengalas roda depan dan kelonggaran pada stereng (di dalam kotak gear stereng) juga boleh menjadi puncanya.


Jadi, apabila berhadapan dengan masalah stereng sukar dikawal, mula-mula usahakan agar kendereaan dapat bergerak lurus. Namun kebiasaannya apabila ada kerosakan pada sistem gantungan roda depan, kenderaan tidak dapat bergerak lurus. Malah kenderaan tersebut akan bergerak seolah-olah "hanyut" ke kiri dan ke kanan. Dalam masa yang sama kerosakan pada sistem gantungan terutamanya di bahagian belakang boleh berlaku. Ini akan menyebabkan pemanduan yang tidak selesa ketika sedang memandu di atas jalan datar kerana di bahagian belakang kenderaan akan bergoyang kuat sehingga menjejaskan keselesaan penumpang. Keadaan itu terjadi disebabkan 'bolt' pegas daun penyerap hentak belakang patah. Akibatnya kenderaan tersebut tidak stabil dan tidak dapat dipandu terutama pada kelajuan tinggi.

Keadaan sistem stereng dan gantungan hendaklah diperiksa dengan teliti kerana ia berkaitan dengan keselamatan penumpang.

Article Source: AAM Drive Magazine

 

Advertisement