You are here: Home Care And Tips Tip Menjaga Cat Kereta

Naza Citra Community - myCITRA.com

Banner

Tip Menjaga Cat Kereta

E-mail Print PDF
car polish

Tidakkah anda rindu untuk melihat kembali bagaimana keadaan kereta anda ketika mula - mula mendapat kunci kereta? Kilatan yang memancar - mancar dan yang paling penting keadaannya ketika berada di dalam bilik pameran. Pastinya hati anda bergetar - getar ketika melihatnya buat pertama kali.

Selepas satu atau dua tahun berlalu, pastinya warna kereta anda tidak lagi seperti ketika baru dibeli. Kekotoran dan tar pastinya menjadi sebahagian daripada warna catnya, dan cermin kereta anda juga sudah pasti tidak sejernih dulu. Walaupun anda membasuh kereta setiap minggu, masih sukar untuk memastikan keadaannya seperti baru. Ini adalah kerana keadaan cuaca dan persekitaran kita yang menerima hujan sepanjang tahun, ditambah pula dengan terik matahari.

FAKTA

Cat sembur yang terdapat di pasaran selalunya menyediakan warna yang hampir sama dengan warna cat asal pengeluar. Cat asal selalunya adalah yang terbaik untuk kereta anda, tetapi ia mestilah dijaga dengan sempurna.

Bagaimana untuk menjaga kereta anda agar sentiasa bersinar? Selain daripada membasuhnya, anda juga harus mengilat dan melindungi catnya dengan lapisan wax. Apakah perbezaannya?

MEMBASUH

Membasuh menanggalkan kekotoran di permukaan kereta sebelum ianya sebati. Walaupun anda boleh membasuh kereta dengan pelbagai bahan pembersih atau dengan cecair pencuci pinggan sekalipun, adalah penting untuk memilih pembersih kereta yang tidak terlalu kuat hingga meluntur atau memudarkan warna cat di permukaan kereta anda. Lagipun kebanyakan pembersih dan cecair pencuci pinggan akan menanggalkan wax atau bahan pelindung pada permukaan cat. Haruslah anda membasuh kereta anda dengan kerap untuk mengelakkan kekotoran daripada sebati dengan warna cat.

MEMBERSIH

Langkah ini adalah untuk menghapuskan kekotoran yang telah sebati di permukaan kereta, memperbaiki keadaan permukaannya, pengaratan, kekotoran daripada jalanraya dan sebagainya. Langkah ini amat penting, ini adalah kerana dengan menyapu wax atau bahan pelindung di permukaan cat yang kotor akan menyebabkan segala kotoran menjadi sebati dengan cat kereta anda.

produk pengilat kereta

Terdapat produk - produk yang dijual di pasaran bertindak sebagai pencuci cat dan ada juga yang bertindak sebagai pengilat. Terma pengilat seringkali disalah gunakan oleh pengeluar produk - produk pembersih kereta, tetapi untuk mengelakkan kekeliruan, bahan pengilat abrasif digunakan untuk menanggalkan kekotoran dan ini bermakna ia bertindak sebagai pembersih cat. Pembersih ini selalunya menanggalkan karat dan kekotoran lain dan menjadikan permukaan kereta lebih kilat dan memancar. Lagi satu bahan untuk membersihkan kereta adalah bongkah tanah liat, di mana apabila diguna, akan menarik dan menghilangkan kekotoran yang telah sebati. Produk ini digunakan untuk kotoran yang degil yang tidak dapat dihilangkan oleh pembersih cat.

MENGILAT

Produk yang memperkenalkan dirinya sebagai pengilat mungkin adalah pengilat biasa, mungkin juga sejenis abrasif yang mempunyai kesan pembersihan yang lembut. Di mana pengilat yang sebenar merupakan bukan abrasif dan ia selalunya adalah formulasi kimia. Pengilat ini berfungsi dengan mengisi ruang mikroskopik di atas cat dan di permukaan yang tidak sempurna di samping bertindak mengekalkan kilatan di permukaan cat kereta anda.

Dipetik dari: http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=lubricants&pg=lub_engine_care&ac=95
 

Advertisement