You are here: Home About Naza Citra Naza Citra II Rondo Bergaya

Naza Citra Community - myCITRA.com

Banner

Naza Citra II Rondo Bergaya

E-mail Print PDF

Naza Citra RondoPETALING JAYA - Kumpulan Naza menampilkan model terbaru kenderaan pelbagai gunanya (MPV), iaitu Citra II Rondo dengan ruang dalaman lebih luas berserta reka bentuk dinamik.  

Citra II Rondo yang dilancarkan semalam, adalah kesinambungan model terdahulu dengan beberapa perubahan termasuk enjin 2.0 liter DOHC CVVT, rupa bentuk luaran lebih sporty, kerangka badan utuh dan keselesaan pemanduan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, model tujuh tempat duduk itu mengetengahkan gabungan kenderaan kegunaan sukan SUV dengan kenderaan sedan yang diberi nama crossover utility vehicle (CUV).

"Naza yakin model tersebut akan menjadi taruhan terbaik bagi meningkatkan penguasaan pasaran MPV kepada 20 peratus berbanding sebelum ini cuma 10 peratus," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Naza Auto Mall, Petaling Jaya.

Jelasnya, satu lagi kelebihan Citra II Rondo ialah penjimatan bahan api iaitu 20 sen bagi setiap kilometer berbanding 25 sen untuk model lama dengan kapasiti tangki 55 liter.

"Kami mensasarkan jualan 200 unit sebulan pembeli mempunyai pilihan warna perak, merah, hitam dan kelabu," ujarnya.

Tempahan untuk kenderaan itu mulai dibuka semalam.

Ia dijual dengan harga dari RM84,888 sehingga RM90,524.50 bagi kelas EX untuk versi standard manakala EXS untuk lebih sporty.

Sumber: Kosmo 16 September 2008

Naza Kia - Citra Rondo II Official Website

 

Advertisement